epilepsy.org.my | Perihal Kami | Hubungi Kami | Pendaftaran | Syarat | Tapak peta Bahasa Inggeris
  sections
Perihal Epilepsi
Jenis Epilepsi/Sawan
Mengenalpasti
Rawatan
Hidup dengan Epilepsi
Pakar Tempatan
Sudut Interaktif
Laman asal
  Laman web komuniti ini ditaja oleh:
UCB Pharma Asia Pacific
untuk Persatuan Epilepsi Malaysia
 
Perihal Kami  

  Perihal Persatuan Epilepsi Malaysia

Nama rasmi persatuan ini ialah PERSATUAN EPILEPSI MALAYSIA (Malaysia Society of Epilepsi)

Persatuan ini dikendalikan oleh ahli dewan, yang diundi oleh ahli Biasa dan Hayat dan antara tanggungjawabnya termasuklah hal ehwal perniagaan dan harta milik Persatuan berpandukan Peraturan dan Undang-undang yang tersedia dan polisi umum yang telah dipersetujui dalam mesyuarat agung tahunan.

Objektif
  1. Memberi khidmat kepada pesakit epilepsi dan bagi yang bercenderung dalam sains perubatan, kesihatan umum dan hal-ehwal bantuan masyarakat yang berkaitan epilepsi.
  2. Membentuk sistem pendaftaran bagi pesakit epilepsi di Malaysia.
  3. Menyediakan maklumat dan nasihat kepada yang hidup bersama pesakit epilepsi.
  4. Membuat pertemuan dengan organisasi antarabangsa yang berminat dalam bidang epilepsi.
Perihal laman web

Persatuan Epilepsi Malaysia telah membentuk laman web ini dengan tujuan untuk membina ‘on-line’ komuniti bagi doktor/pakar, pesakit, keluarga mereka dan orang ramai.

Laman web ini menyediakan maklumat pembelajaran dan bahan kajian perihal epilepsi dan adalah menjadi harapan Persatuan agar pesakit, saudara-mara dan sahabat handai pesakit epilepsi juga pengguna lain yang berminat dapat menimba maklumat dari penggunaan alat urus dan maklumat lain yang berguna agar dapat membantu dalam hidupan harian mereka.

Persatuan ingin mengemaskini laman web ini dari masa ke semasa sekaligus ingin melihat penglibatan komuniti epilepsi dan dengan itu menggalakkan pengguna menyumbang dan berkongsi cerita-ceriata anda, berita, informasi dan lain-lain yang tidak ternilai bagi faedah sekelian komuniti dan kami juga mengalu-alukan pandangan dan juga maklumbalas anda.

Persatuan Epilepsi Malaysia menghargai permintaan anda dan tidak akan mencetak nama mana-mana individu sekiranya anda ingin nama anda dirahsiakan.

Persatuan Epilepsi Malaysia mengharapkan agar laman web ini diterima baik oleh komuniti epilepsi dan yang lain-lain dan anggaplah ini sebagai suatu peluang baru bagi kita semua untuk mempelajari lebih mendalam tentang epilepsi dan orang yang pernah berhadapan dengan pengalaman epilepsi dan kami harap dapat memberi khidmat yang lebih baik dimasa akan datang.
 


Hakmilik © epilepsy.org.my 2004   Hakmilik terpelihara

Kredit