epilepsy.org.my | Perihal Kami | Hubungi Kami | Pendaftaran | Syarat | Tapak peta Bahasa Inggeris
  sections
Perihal Epilepsi
Jenis Epilepsi/Sawan
Sawan Menyeluruh
Sawan partial kompleks
Sawan ‘absens’
Mengenalpasti
Rawatan
Hidup dengan Epilepsi
Pakar Tempatan
Sudut Interaktif
FAQ (Soalan Lazim)
Laman asal
  Laman web komuniti ini ditaja oleh:
GlaxoSmithKline
untuk Persatuan Epilepsi Malaysia
Sawan ‘absens’ « Jenis-jenis Epilepsi / Sawan  

  Epilepsy Sawan ‘absens’ (Absence seizure atau Epilepsi Petit Mal)

Ini banyak terjadi di antara penuntut-penuntut sekolah rendah, dan pesakit akan berada dalam keadaan tidak sedar diri dalam masa yang agak singkat (dalam masa 30 saat), tidak melibatkan jatuh atau goncangan badan (konvulsi). Mungkin matanya kerap berkedipan atau anak mata pandang ke atas buat seketika, dan kemungkinan setengah bahagian badan atau mukanya akan mengerenyut.

Selalunya orang tidak perasan serangan yang agak singkat ini berlaku, atau disalah anggap seperti pesakit sedang berangan-angan atau tidak mengambil perhatian sepenuhnya. Terdapat kes-kes bilamana pesakit diserang berkali-kali sehari dan boleh menganggu waktu pelajaran di dalam bilik darjah.

Separuh dari kanak-kanak yang mengalami epilepsi jenis ini beransur pulih apabila mereka semakin dewasa. Walau bagaimanapun, sangatlah penting bagi mereka menerima perubatan untuk mengawal dan mengelakkan dari mendapat jenis sawan yang lain.




Inilah yang patut anda lakukan sekiranya pesakit diserang sawan jenis ini:
  • Kanak-kanak nampaknya biasa sahaja, tetapi dalam masa yang singkat dia mula tidak sedar di mana dia berada. Jika ini berlaku, temani pesakit sehingga sawan berhenti, dan kemudian beritahu apa yang terjadi padanya sebentar tadi. Ini dapat membantunya untuk meneruskan apa yang sedang ia lakukan sebelum diserang tadi.
  • Kebanyakan sawan mengambil masa satu atau 2 minit, dan kemudian orang itu balik seperti sediakala. Sekiranya sawan mengambil masa 2 minit, atau pesakit mengalami kecederaan atau pernafasan terhenti, hubungilah ambulans. Jika pesakit tidak dapat bernafas dengan betul, hubungi ambulans dan mulakan bantuan resasitasi mulut ke mulut.
 

Hakmilik © epilepsy.org.my 2004   Hakmilik terpelihara

Kredit