epilepsy.org.my | Perihal Kami | Hubungi Kami | Pendaftaran | Syarat | Tapak peta Bahasa Inggeris
  sections
Perihal Epilepsi
Jenis Epilepsi/Sawan
Mengenalpasti
Rawatan
Hidup dengan Epilepsi
Hubungan & Perkahwinan
Wanita & Kehamilan
Mendidik anak
Kanak-kanak di sekolah
Kerja & Kerjaya
Kawalan Diri
Pakar Tempatan
Sudut Interaktif
FAQ (Soalan Lazim)
Laman asal
  Laman web komuniti ini ditaja oleh:
GlaxoSmithKline
untuk Persatuan Epilepsi Malaysia
Mendidik anak « Hidup dengan Epilepsi  

  Jika anda mempunyai epilepsi dan sawan anda tidak boleh dikawal dengan baik, anda harus berhati-hati tentang hal keselamatan anak anda.
  • Kalau boleh, jangan mandikan anak anda seorang diri
  • Gunakan besin mandi khas yang diletakkan di atas lantai, bukan di tempat yang tinggi
  • Suap makanan atau tukar lampin bayi anda di atas lantai atau di atas permukaan yang rendah
  • Jangan tidur bersama anak anda. Dia boleh mendapat kecedaraan apabila anda diserang sawan sewaktu tidur
  • Gunakan sejenis tali khas/’leash’(tali yang ditambat ditangan anda dan di hujung lagi satu ke badan anak supaya anda dan anak anda tidak boleh dipisahkan) bila berjalan dengan anak anda. Ini boleh mengelakkan anak anda dari pergi ke tempat bahaya atau hilang, sekiranya anda diserang sawan.
  • Jelaskan pada anak-anak anda yang sudah besar tentang epilepsi supaya mereka dapat memahaminya dan apa yang akan terjadi bila anda diserang sawan. Terangkan dengan jelas apa yang perlu dia lakukan bila anda diserang sawan.
  • Bantu anak-anak anda yang sudah besar menjelaskannya kepada kawan-kawan mereka, supaya mereka tidak akan hampa jika mereka berada bersama anda diwaktu anda diserang sawan.
Anda berhak mendapat apa yang terbaik – anda sepatutnya melalui kehidupan yang sebaik mungkin. Beritahu doktor anda jika sawan anda, walaupun jarang-jarang sekali, atau rawatan anda, mengganggu kehidupan anda. Mungkin terdapat ubat atau rawatan lain-lain, atau yang lebih baru yang lebih baik untuk anda. Bila anda benar-benar berpuas hati dengan rawatan yang diterima, anda bolehlah menumpukan perhatian pada perkara yang benar-benar penting dalam hidup anda.

Penjagaan anak yang mempunyai epilepsi

Ada segolongan ibubapa, bilamana mengetahui anak-anak mereka mengidap penyakit epilepsi, mereka mungkin menyalahi diri mereka sendiri. Jika begitu, mereka harus berjumpa dengan kaunselor. Epilepsi mungkin akan menakutkan anda dan anak anda. Anda mungkin takut yang anak anda boleh mendapat kecederaan. Anda mugkin risau kalau kanak-kanak lain tidak mahu berkawan dengan anak anda. Walau bagaimanpun, anda tidak harus terlalu melindunginya. Anak anda akan lebih tabah jika anda membantunya menghadapi dugaan-dugaan epilepsinya.

Jangan keterlaluan, jika anda menunjukkan rasa hampa atau risau akan sawannya, dia akan turut hampa dan risau. Bertindaklah dengan tenang sewaktu sawan dan jangan tunjukkan yang ianya satu masalah, cara ini anak anda akan bersikap positif bagi mengatasi masalahnya.

Jangan terlalu beria-ia sewaktu memberi ubat sebaliknya jadikan ia satu aktiviti normal. Jangan biarkan anak anda menggunakan epilepsi sebagai sebab ia berkelakuan buruk. Seorang anak yang berepileptik patut menerima disiplin yang serupa dengan anak-anak lain dalam keluarga anda.

Semakin besar anak anda, semakin bertambah keresahan anda akan reaksi orang lain terhadap epilepsinya. Dia mungkin diejek atau mendapat layanan yang berlainan dari guru-gurunya. Anda boleh membantu mengelakkan dari kejadian ini dengan membantu rakan sedarjah, kawan-kawan, jiran-jiran dan guru-guru memahami apa itu epilepsi. Walau apapun yang anda lakukan, janganlah sampai epilepsi anak anda dijadikan satu rahsia yang memalukan. Jika begitu, anda akhirnya akan benar-benar malu dengan keadaannya.

Anda boleh membantu anak anda supaya mereka berasa bangga dengan diri mereka. Malangnya, ada orang ramai yang suka menyakat dan memalukan orang. Dengan membantu anak anda membina imej diri yang positif, ia akan memudahkan anak anda mengendalikan orang-orang seperti ini. Orang yang selalu memberi masalah kepada orang lain, yang selalunya bermasalah. Seorang anak yang mempunyai keyakinan diri selalunya lebih mudah mendapat kawan.
 


Hakmilik © epilepsy.org.my 2004   Hakmilik terpelihara

Kredit