epilepsy.org.my | Perihal Kami | Hubungi Kami | Pendaftaran | Syarat | Tapak peta Bahasa Inggeris
  sections
Perihal Epilepsi
Jenis Epilepsi/Sawan
Sawan Menyeluruh
Sawan partial kompleks
Sawan ‘absens’
Mengenalpasti
Rawatan
Hidup dengan Epilepsi
Pakar Tempatan
Sudut Interaktif
FAQ (Soalan Lazim)
Laman asal
  Laman web komuniti ini ditaja oleh:
GlaxoSmithKline
untuk Persatuan Epilepsi Malaysia
Sawan partial kompleks « Jenis-jenis Epilepsi / Sawan  

  Epilepsy Gangguan Temporal Lobe (juga dikenali sebagai Sawan fokal/partial kompleks atau Gangguan Psikomotor)

Sawan jenis ini terjadi bila ada tambahan akitiviti elektrikal yang terjadi secara tiba-tiba di bahagian otak di sebelah belakang pelipis. Serangan boleh mengakibatkan pesakit berada dalam keadaan tersangat bingung, perbuatan yang kerap diulangi dan perbuatan yang tidak menyenangkan. Pesakit selalunya tidak mengecam persekitarannya dan tidak sedar apa yang sedang dilakukannya.

Tanda-tanda biasa bagi serangan sawan jenis ini ialah perbuatan ganjil di luar kawalan, seperti menampar bibir, mengunyah, menarik pakaian, berlari dalam satu bulatan, dengan wajah yang selamba dan tidak berupaya untuk mengikut arahan.

Sewaktu serangan sawan Forkal kompleks ini, pesakit nampaknya dalam keadaan sedar diri, tetapi tidak dapat menjawab sekiranya disoal. Pesakit akan bercakap yang bukan-bukan, pandangannya kosong, bertanya soalan yang merapu, menampar bibirnya, atau sentiasa gelisah dengan pakaiannya. Dia mungkin marah atau berkasar sekiranya anda cuba memberhentikan perbuatannya.


Apa yang anda perlu lakukan apabila pesakit diserang sawan jenis ini:
  • Jangan cuba menahan pesakit dari merayap kecuali ketempat yang merbahayakan bagi dirinya.
  • Jauhkan objek yang membahayakan yang ada berhampiran.
  • Jangan menenangkan pesakit dengan mengoncang badannya atau menjerit padanya.
  • Temankan pesakit sehingga dia benar-benar pulih.
 

Hakmilik © epilepsy.org.my 2004   Hakmilik terpelihara

Kredit