 |
|
 |
| |
Jarang-jarang sekali doktor berada disisi pesakit sewaktu pesakit diserang sawan, oleh sebab itu, keterangan yang diberikan oleh anda dan ahli keluarga anda atau saksi yang lain sangatlah mustahak. Walau bagaimana, sekalipun tepat atau keterangan yang diberi itu lengkap, setengah-setengah kejadian masih sukar untuk di diagnosa dengan tepat, begitu juga untuk pakar-pakar.
Tanda-tanda yang paling ketara yang dapat membezakan epilepsi dengan kejadian lain ialah apabila sawan itu berulang (datang dan pergi), ada waktu bebas di antara dua sawan, pesakit adalah normal dan sifat serangannya serupa (pesakit mendapat tanda-tanda serangan yang sama setiap kali). Setiap kali selepas serangan, pesakit berasa bingung, termenung dan sakit kepala.
Oleh kerana pesakit selalunya tidak sedar atau tidak ingat apa yang berlaku, doktor akan menyoal keluarga anda atau penjaga pesakit untuk memberi maklumat perihal serangan sawan yang terjadi.
Apabila pergi berjumpa doktor, temujanji yang dikenali sebagai catatan latar-belakang, adalah yang paling utama dan mustahak. Anda disuruh memberikan gambaran sepenuhnya kejadian serangan itu. Yang mustahak, sekiranya anda boleh membawa ahli keluarga atau saksi yang berada di tempat kejadian, sebab anda berada dalam keadaan tidak sedar diri sewaktu diserang sawan. Walaupun anda fikir yang anda sedar sewaktu kejadian, kemungkinan besar anda tidak mengingati aspek utama sawan itu. Doktor bukan sahaja mahu mengetahui perihal sawan itu, tetapi juga apa yang terjadi sebelum dan selepas serangan sawan itu sendiri.
Doktor akan memeriksa anda dan mungkin ada pemeriksaan khas yang perlu dijalankan. Ini mungkin dapat membantu mencari sebab-musabab, dan anda boleh mendapat tahu apakah jenis epilepsi yang anda hadapi. Bukan semua orang perlu menjalani pemeriksaan yang disebutkan di sini, sebaliknya doktor yang akan menentukannya. Jenis perubatan dan pengesyoran boleh diberi oleh doktor selepas temujanji yang pertama sekiranya semua maklumat yang diperlukan diperolehi, tetapi kadangkala ia hanya dapat ditentukan setelah kajian dibuat selepas melakukan ujian yang lebih lanjut.
Pemeriksaan doktor yang lebih terperinci akan dijalankan dan mungkin akan mengesyorkan pesakit menjalani beberapa jenis ujian. Jenis perubatan dan pengesyoran boleh diberi oleh doktor selepas temujanji yang pertama sekiranya semua maklumat yang diperlukan diperolehi, tetapi kadangkala ia hanya dapat ditentukan setelah kajian dibuat selepas melakukan ujian yang lebih lanjut.
Apakah jenis ujian dan kajian yang akan dijalankan?
EEG (Elektroensefalogram)
Perakam elektrod yang kecil di lekapkan pada kepala, merakamkan aktiviti elektrikal dalam otak. Rakaman bacaan akan dicetak pada kertas atau dalam komputer. Ujian ini selalunya dijalankan di klinik. Anda selalunya perlu baring atau duduk diam sewaktu pemeriksaan ini, ia langsung tidak mendatangkan kesakitan. Sewaktu ujian ini, anda mungkin perlu menjalani pemeriksaan cahaya (strobe) pengimbasan yang akan dipancarkan pada mata anda. Walau bagaimanapun, jika anda tidak mendapat serangan sewaktu pemeriksaan ini dijalankan,EEG akan membuat bacaan normal, tetapi ini tidak semestinya anda tiada epilepsi. EEG digunakan khas bagi menentukan jenis epilepsi yang anda hadapi, ia jarang-jarang digunakan untuk tujuan diagnosis.
Ambulatori EEG
Ujian ini adalah lebih kurang sama dengan ujian EEG, tetapi untuk ini, elektrod akan dipasang untuk waktu yang lebih lama. Video kamera mungkin akan digunakan untuk merakamkan perlakuan pesakit. Tujuan ujian sebegini dilakukan agar dapat merakamkan titik permulaan sawan supaya dapat menentukan bahagian otak manakah yang terlibat
Skan/Imbasan CAT (Computerised Axial Tomography)
Ini adalah jenis x-ray yang istimewa, yang menghasilkan siri gambar keratan-keratan dalam otak. Kadangkala, kontras mungkin digunakan. Kontras dapat membantu menjelaskan dan memaparkan struktur dalam otak dengan lebih nyata.
Skan/Imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging)
Ini menyamai dengan skan CAT tetapi hasil gambarnya adalah lebih terperinci. Ia memakan masa 20 hingga 30 minit dan anda perlu baring dan disorong masuk ke dalam alat pengimbas. Ia membuat sedikit bunyi bising. Kali ini juga, suntikan kontras akan diberi jika perlu. Anda tidak boleh bergerak sewaktu ujian ini dijalankan. Jika anda takut untuk berada dalam tempat yang bertutup, sila beritahu jabatan imbasan ini terlebih dahulu.
|
|
|
 |