epilepsy.org.my | Perihal Kami | Hubungi Kami | Pendaftaran | Syarat | Tapak peta Bahasa Inggeris
  sections
Perihal Epilepsi
Jenis Epilepsi/Sawan
Mengenalpasti
Rawatan
Hidup dengan Epilepsi
Pakar Tempatan
Sudut Interaktif
FAQ (Soalan Lazim)
Laman asal
  Laman web komuniti ini ditaja oleh:
GlaxoSmithKline
untuk Persatuan Epilepsi Malaysia
FAQ (Soalan Lazim)  

 

PUNCA-PUNCA DAN SIMPTOM-SIMPTOM EPILEPSI

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Epilepsi, 'seizure' dan 'fit'?
Epilepsi adalah sejenis penyakit apabila seseorang iu mengalami sawan (seizure) yang berulang-ulang. 'Fit' juga dikenali sebagai 'convulsion' yang seerti dengan sawan. Oleh itu, Epilepsi boleh ditakrifkan sebagai serangan sawan yang berulang-ulang.

Apakah punca-punca Epilepsi?
Peratusan kecil Epilepsi adalah disebabkan oleh kerosakan otak ketika kemalangan jalan raya, jangkitan kuman atau virus dan juga barah atau ketumbuhan dalam otak. Hanya bawah 10% sahaja melalui keturunan. Sawan juga boleh berlaku selepas strok. Bagi kes strok yang baru, ianya adalah berbeza daripada serangan sawan. Serangan sawan berlaku pada kadar durasi yang pendek manakala serangan strok adalah berpanjangan.Sekiranya penyebab Epilepsi tidak dapat diketahui, ianya digelar "idiopathic".

Adakah Epilepsi terjadi pada lingkungan umur yang tertentu?
Epilepsi boleh menyerang sesiapa sahaja pada mana-mana peringkat umur.

Bila Epilepsi menyerang, bagaimanakah serangan Major, serangan serdehana dan serangan Minor dikategorikan?
Terdapat beberapa jenis serangan sawan yang diketahui sekarang ini. Secara amnya, sawan boleh dibahagikan kepada "focal seizure" dan "generalised seizure". "Generalised seizure" adalah berkait dengan hilang kesedaran sepenuhnya manakala "simple seizure" adalah kesedaran terpelihara. Serangan sawan sederhana (intermediate seizure attack) selalunya berlaku disebabkan oleh Temporal Lobe Epilepsy di mana pesakit akan menjadi lemah, tidak sedar dan gagal berkomunikasi dengan orang dan keadaan sekelilingnya.

Mengapakah mulut pesakit akan berbuih semasa serangan sawan berlaku?
Semasa serangan sawan berlaku, kebanyakan pesakit akan mengeluarkan air liur (salivation). Punca sebenar pengeluaran air liur tidak dapat dipastikan dengan terperinci tetapi boleh dianggap sebagai respon automi terhadap serangan sawan.Buih-buih air liur yang muncul adalah kerana keadaan tercungap-cungap yang melampau semasa serangan berlaku. Sekiranya pesakit tergigit lidah, air liur akan mengandungi darah.

Mengapakah saya berasa takut semasa serangan sawan?
Sekiranya anda berasa takut semasa serangan sawan berlaku, anda berkemungkinan menghidapi "Temporal Lobe Epilepsy" (TLE). TLE tidak mudah dikawal ataupun diubati. Walaubagaimanapun, serangan TLE boleh dikurangkan dengan mengambil ubat bersesuaian yang disyorkan oleh doktor.

Apakah Febrile Fit?
Febrile Fit adalah serangan sawan yang berlaku kepada kanak-kanak berumur di antara 3 bulan hingga 6 tahun. 3.5% kanak-kanak dengan Febrile Fit akan mengalami sawan tanpa deman selepas itu. Selain daripada kumpulan kecil ini pesakit Febrile Fit akan bebas dari sawan selepas berumur 6 tahun.

Adakah Epilepsi boleh membawa kepada maut?
Ya, Epilepsi boleh membawa kematian dalam beberapa keadaan seperti yang berlaku ketika mandi di dalam bathtub, sawan berlaku semasa memandu kereta atau sawan yang tidak berhenti yang dipanggil Status Epilepticus. Terdapat satu jenis keadaan dikenali sebagai sudden unexpected death in Epilepsy, yang biasanya berlaku semasa tidur, Sebab utama perkara in terjadi adalah tidak diketahui.

Adakah pesakit Epilepsi boleh mendapat penyakit-penyakit lain?
Antara penyakit lain yang berkaitan dengan Epilepsi ialah ketidakupayaan belajar (learning disability) dan Cerebral Palsy. Dalam situasi yang lain, kecacatan mental (Psychosis) juga boleh berlaku melalui sawan yang berulang-ulang.

RAWATAN DAN UBAT-UBATAN

Bagaimana Epilepsi didiagnos?
Pesakit yang didapati menghidapi Epilepsi perlu menjalani imbasan EEG. Rawatan susulan adalah amat perlu sekiranya terdapat sebarang abnormaliti semasa imbasan dijalankan.

Apakah ubat-ubat yang perlu diambil oleh Pesakit Epilepsi?
Kita telah mempunyai ubatan terkini bagi rawatan Epilepsi sejak berbelas-belas tahun yang lepas. Ini termasuklah Lamictal,Neurontin dan Keppra. Biasanya dalam kes yang rumit, pesakit akan diberikan ubat seperti Epilim, Tegretol, atau Dilantin bersama-sama kombinasi ubat-ubatan yang terbaharu seperti yang dinyatakan di atas.

Apakah cara yang terbaik untuk sembuh dari Epilepsi?
Tidak ada cara untuk menyembuhkan Epilepsi secara yang mudah. Epilepsi berlaku apabila seseorang mengalami sawan yang berulang-ulang. Rawatan yang paling berkesan ialah dengan mengambil ubat untuk mengurangkan serangan sawan. Ubat tersebut harus diambil sekurang-kurangnya satu tahun tetapi pada sesetengah pesakit, ubat-ubatan perlu diambil sepanjang hayat. Pesakit perlu juga menjalani pembedahan sekiranya terdapat ketumbuhan di dalam otak.

Bilakah Epilepsi boleh sembuh sepenuhnya?
Ubat-ubatan seperti anti-epileptik hanya boleh mengurangkan serangan sawan. Apabila pesakit telah mengambil ubat-ubatan yang disyorkan, jangan berhenti tanpa nasihat doktor. Keputusan berhenti sendiri mengambil ubat akan menyebabkan serangan yang lebih teruk dan akan membahayakan pesakit.

Dimanakan saya boleh mendapatkan rawatan dan ubat-ubatan di Malaysia.?
Rawatan boleh dibuat di hospital kerajaan dan hospital universiti kerana ubat-ubatan diberi adalah pada harga subsidi. Manakala, rawatan di klinik-klinik dan hospital swasta adalah dalam lingkungan RM200-300.

HIDUP DENGAN EPILEPSI

Adakah pesakit Epilepsi mampu memperolehi kerja dalam sesebuah syarikat?
Pesakit Epilepsi masih lagi disisihkan sehingga kini. Kebanyakan syarikat khususnya sektor swasta tidak akan mengambil pesakit Epilepsi bekerja. Sekiranya penyakit Epilepsi adalah terkawal dengan pengambilan ubat-ubatan, cara yang terbaik adalah untuk tidak menyatakan penyakit tersebut.

Adakah mereka akan ditolak sekiranya mereka menyatakan bahawa mereka adalah pesakit Epilepsi?
Keputusan ini adalah bergantung kepada syarikat-syarikat di mana anda meminta bekerja.

Atau adakah mereka akan diberhentikan sekiranya serangan sawan datang secara mengejut?
Syarikat besar kebiasaannya akan tetap membenarkan pesakit Epilepsi untuk terus bekerja. Sekiranya muncul sebarang masalah berkaitan pekerjaan anda, berurusanlah dengan organisasi pekerja untuk menguruskan kes anda dengan lebih baik.

Adakah pesakit Epilepsi boleh mendapatkan perlindungan insurans kesihatan daripada syarikat insurans? Adakah sebarang panduan atau informasi yang boleh digunakan sebagai rujukan?
Setiap syarikat insurans mempunyai polisi tersendiri terhadap penyakit yang diberi perlindungan dan juga premium. Namun begitu, organisasi lain termasuklah Persatuan Epilepsi tidak boleh menangani polisi ini. Mungkin anda perlu mendapatkan surat mengenai keadaan daripada doktor.

 

Hakmilik © epilepsy.org.my 2004   Hakmilik terpelihara

Kredit