 |
|
 |
| Sawan Menyeluruh/generalise « Jenis-jenis Epilepsi / Sawan |
|
| |
Sawan Menyeluruh/generalise (melibatkan keseluruhan otak, kadangkala dipanggil “Grand Mal” ATAU Sawan Tonik-Klonik).
Sawan jenis ini akan menyebabkan pesakit kaku, rebah dan tidak sedarkan diri, dan mungking badan akan mula bergoncang, atau mengalami konvulsi, meronta-ronta dengan kekuatan otot seperti biasa. Air ludah mungkin berbuih, dan mungkin terdapat darah di mulut sekiranya lidah atau bibirnya tergigit.
Kadangkala pada peringkat permulaan serangan sawan, sewaktu otot kekejangan kedengaran satu teriakan akibat hembusan nafas yang dilepaskan oleh paru-paru, sebab itu juga pelepasan air kencing mungkin akan berlaku.
Serangan biasanya berlaku dalam lingkungan 5 minit, tetapi kebanyakan pesakit kemudiannya akan tertidur buat setengah jam atau lebih dan bila terjaga seolah-olah termenung dan bingung buat seketika.
Apabila pesakit diserang sawan tonik-klonik, dia mungkin akan terjatuh dan menjadi kejang, menyentak, pernafasannya tak menentu dan tidak dapat mengawal buangan air kecil dan besar. Pesakit tidak mengecam siapa orang disekelilingnya dan persikatarannya.
Apa anda perlu lakukan terhadap pesakit yang diserang sawan tonik-klonik.
- Jangan panik
- Baringkan pesakit tersebut ditempat yang selamat dan alaskan sesuatu yang lembut dibawah kepalanya.
- Jangan biarkan orang mengerumuni pesakit: ini menyebabkan pesakit mendapat kurang oksigen.
- Tanggalkan cermin mata, longgarkan pakaiannya.
- Jauhkan objek-objek tajam yang ada berhampiran.
- Jangan meletakkan apa-apa objek dalam mulut pesakit (termasuklah jari anda). Ini boleh mencederakan anda, gigi pesakit boleh patah dan objek itu boleh menghalang saluran pernafasan. Adalah mustahil untuk pesakit menggigit putus lidahnya. Lidah merupakan otot yang kuat dan ia mudah sembuh.
- Jangan cuba menahan atau mengikatnya dari begerak.
- Apabila sawan sudah berakhir, baringkan pesakit lalu mengiringkan badannya, supaya saluran pernafasannya lapang.
- Jika pesakit berasa keliru atau ketakutan, berikan ia keyakinan yang semuanya adalah seperti sediakala.
- Elakkan dari memberi apa-apa makanan atau minuman sehingga pesakit sedar seperti biasa.
- Temani pesakit sehingga dia betul-betul pulih.
|
|
|
 |