epilepsy.org.my | Perihal Kami | Hubungi Kami | Pendaftaran | Syarat | Tapak peta Bahasa Inggeris
  sections
Perihal Epilepsi
Apakah itu Epilepsi?
Apakah puncanya?
Anggapan palsu
Sejarah Epilepsi
Soalan & Jawapan
Jenis Epilepsi/Sawan
Mengenalpasti
Rawatan
Hidup dengan Epilepsi
Pakar Tempatan
Sudut Interaktif
FAQ (Soalan Lazim)
Laman asal
  Laman web komuniti ini ditaja oleh:
GlaxoSmithKline
untuk Persatuan Epilepsi Malaysia
Sejarah Epilepsi « Perihal Epilepsi  

  Pandangan asal tentang epilepsi diselubungi oleh keadaan takut dan ilmu tarikat. Zaman Purba Babylon menyangkakan gangguan terjadi bila seseorang dirasuk hantu. Ia menekankan keadaan epilepsi ada kena-mengena dengan kuasa ghaib, dengan setiap jenis sawan dikaitkan dengan nama jin atau tuhan – biasanya jahat. Oleh sebab itu, cara perubatan mereka adalah melalui ilmu kebatinan.

Orang Yunani berkepercayaan jika seseorang itu diserang sawan ini bermakna ia telah melakukan kesilapan dengan tuhannya. Pada tahun 400 S.M., tabib Yunani Hippocrates adalah orang yang pertama membuktikan teori epilepsinya, waktu itu dikenali sebagai “penyakit keramat”, akibat sumpahan hantu atau tuhan-tuhan mereka. Dia mengesyorkan perubatan secara jasmani/fizikal dan memaklumkan bahawa sekiranya penyakit bertambah teruk, ia tidak dapat diubati lagi.

Malangnya, pandangan ini tidak diterima ramai dan dalam tahun 1494, kejadian penderaan perempuan-perempuan sihir menyemarak menyebabkan kematian ke atas 200,000 wanita. Gangguan ini dipercayai merupakan salah satu sifat yang ada pada perempuan sihir.

Apakan daya bukti yang diberikan oleh Hippocrates tidak dapat menjiwai kefahaman mereka, pengertian sebenar epilepsi tidak dapat diterima sehinggalah abad yang ke 18 dan 19 Masihi.

Dalam waktu perantraan 2000 tahun ini, orang-orang yang mengalami epilepsi dianggap menakutkan, mencurigakan dan disalah fahamkan dan nasibnya terdedah pada celaan sosial. Orang berepilepsi dianggap orang terbuang dan dihukum. Walau bagaimanapun, ada juga yang berjaya menjadi orang yang masyhur di seluruh dunia. Antaranya adalah Socrates, Napoleon, Julius Caesar, Czar Peter the Great dari Rusia, Pope Pius IX, penulis Fedor Dostoevsky, penyajak Lord Byron dan beberapa ahli sukan Olimpik.

Dalam abad yang ke 19, apabila muncul neurologi sebagai satu disiplin baru dalam psikiatri, penerangan konsep epilepsi sebagai satu keadaan gangguan di dalam otak semakin diterima ramai, terutama sekali di Eropah dan Amerika Syarikat (USA). Ini banyak membantu pencelaan yang bersangkutan dengan gangguan serupa ini. Bromid, ubat anti-epileptik yang pertama mujarab diperkenalkan dalam tahun 1857, begitu meluas digunakan di Eropah dan di Amerika Syarikat dalam separuh abad yang lalu.

Hans Berger, seorang pakar jiwa (psikiatris) bekerja di Jerman dalam tahun 1920an, menghasilkan elektroensefalograf manusia (EEG – gelombang otak). Pengunaan utamanya bermula dari tahun 1930an iaitu dibidang epilepsi. EEG mendedahkan kehadiran pelepasan elektrikal dalam otak dan ini kemudiannya menghasilkan suatu harapan yang memungkinkan rawatan bedahan neuro, yang kemudiannya dalam tahun 1950an, mudah diperolehi di London, Montreal dan Paris.

Selama beberapa dekad yang lalu perhatian yang lebih besar diberikan pada penghidupan berkualiti, contohnya, isu kejiwaan (psikolojikal) dan sosial, bagi orang yang mengalami gangguan epilepsi, walaupun perkembangannya agak lembap dan khidmatnya masih lemah.

Hari ini, masih ada lagi orang yang fikir bahawa gangguan epileptik adalah akibat ‘buatan orang’ atau ‘kena sumpah’. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang yang tidak tahu perihal epilepsi lebih gemar menyamakan ia dengan gila atau cacat otak. Ini tidak benar, kerana kebanyakan pesakit epilepsi mempunyai kecerdasan otak yang normal atau melebihi purata normal. Epilepsi tidak mengenal bezantara satu dengan yang lain. Ia menyerang kedua-dua perempuan dan lelaki, tidak kira umur, bangsa dan tahap sosioekonomi.

 

Hakmilik © epilepsy.org.my 2004   Hakmilik terpelihara

Kredit