 |
|
 |
| |
Ubat yang biasa diberikan kepada pesakit epilepsi ialah sejenis ubat anti-epileptik (AEDs). Ubat moden yang biasa diberi untuk kebanyakan jenis penyakit epilepsi mempunyai satu atau lebih bahan kimia yang dipanggil antikonvulsi.
Terdapat beberapa jenis ubat, seperti:
Ubatan pertama yang paling lazim dipergunakan:
(seperti: sodium valporat, Phenobarbital dan phenytoin)
- Ini adalah preskripsi bagi pesakit epilepsi yang baru.
- Ubat-ubat ini mungkin akan memberi kesan sampingan seperti bengkak gusi, pening, pitam, jerawat, muka dan badan berbulu (hirsutisma), bengkak biji kelenjar dan osteomalakia.
Ubatan kedua yang lazim digunakan:
(seperti: lamotrigin, tiagabin dan gabapetin)
- Jika tidak terdapat perubahan kepada pesakit setelah mengambil ubatan pertama, ubatnya akan di tambah dengan ubatan kedua.
- Lamotrigin telah diluluskan sebagai ubatan pertama di Malaysia.
- Ubatan baru yang diperkenalkan dikatakan menghasilkan kurang kesan sampingan, terutama dalam hal kecacatan sewaktu kelahiran.
Mencari antikonvulsi yang bersesuaian
Setiap orang yang menggunakan antikonvulsi ini akan mengalami reaksi yang berbeza antara satu dengan yang lain seperti mana juga makanan atau apa-apa yang memasuki tubuh kita. Satu pesakit mungkin mendapat kesan sampingan dan tidak pula pada pesakit yang lain.Seseorang pesakit itu mungkin dapat mengawal sawan sebaik sahaja mengambil ubat, manakala pesakit lain mengambil masa yang lebih panjang. Terdapat juda pesakit yang tidak dapat mengawal langsung sawannya walaupun mengambil perubatan antikonvulsi.
Doktor akan cuba untuk memberikan antikonvulsi yang paling mujarab bagi jenis sawan seseorang pesakit itu dan akan menyediakan preskripsi program yang paling sesuai untuk pesakit itu.
Doktor akan berusaha memberi pesakit supaya mendapat kawalan sawan paling baik dengan kesan sampingan yang paling kurang bagi pesakit.
Perubatan antikonvulsi
Dalam pembentukan program perubatan bagi setiap individu pesakit epilepsi, ada beberapa perkara yang harus doktor itu pertimbangkan:
- Jenis antikonvulsi. Ini akan dipilih berasaskan:-
- Jenis sawan yang sudah dikenalpasti
- Umur pesakit
- Memastikan pesakit tidak mempunyai interaksi dengan ubat-ubatan lain.
- Faktor-faktor lain sperti keadaan kesihatan, kehamilan dan lain-lain.
-
Bilangan antikonvulsi. Selalunya program perubatan bagi pesakit akan bermula dengan satu antikonvulsi sahaja, sukatan yang disediakan khas mengikut keperluan pesakit. Sukatan ini bertujuan untuk mengawal sawan sepenuhnya dan kalau boleh hanya dari satu antikonvulsi. Walau bagaimanapun, ada juga kes-kes yang memerlukan lebih dari satu antikonvulsi bagi mencapai tahap maksima mengawal sawan.
- Lawatan seterusnya dan ujian darah. Pesakit akan diberi nasihat oleh doktor bila dia perlu datang semula, dan mungkin akan disuruh menjalankan ujian darah supaya dapat memeriksa tahap antikonvulsi didalam saluran darah pesakit. Ini selalunya dilakukan seminggu selepas rawatan bermula, atau perubahan cara rawatan, kerana saluran darah mengambil masa 7 hari selepas pengambilan antikonvulsi bagi menunjukkan bacaan yang berguna.
-
Pertukaran maklumat antara doktor dan pesakit . Ini adalah satu unsur yang begitu penting dalam apa jua program epilepsi, kerana pesakit dan doktor harus berkerjasama untuk mencapai keputusan yang baik bagi rawatan sebegini.
|
|
|
 |