epilepsy.org.my | Perihal Kami | Hubungi Kami | Pendaftaran | Syarat | Tapak peta Bahasa Inggeris
  sections
Perihal Epilepsi
Apakah itu Epilepsi?
Apakah puncanya?
Anggapan palsu
Sejarah Epilepsi
Soalan & Jawapan
Jenis Epilepsi/Sawan
Mengenalpasti
Rawatan
Hidup dengan Epilepsi
Pakar Tempatan
Sudut Interaktif
FAQ (Soalan Lazim)
Laman asal
  Laman web komuniti ini ditaja oleh:
GlaxoSmithKline
untuk Persatuan Epilepsi Malaysia
 
Anggapan palsu « Perihal Epilepsi  

  Apakah anggapan palsu mengenai epilepsi?
  1. Ada orang yang salah anggap dan merujuk gangguan ini sebagai “penyakit gila babi”. Lain-lain nama yang disalah gunakan ialah sawan babi atau sakit gila babi, lalu menghasilkan ertikata yang negatif terhadap penyakit ini.
    Lain-lain budaya mempunyai nama yang tersendiri bagi epilepsi: seperti "kaka elupa" (‘tarikan gagak’ bagi orang Tamil) dan "ding-YANG" (kambing-gila bagi orang Cina).

  2. Kehadiran epilepsi bukan petanda buruk dalam hidup anda. Ia juga bukanlah hukuman dari Tuhan, dan ia BUKANlah sesuatu yang memalukan. Ia adalah keadaan gangguan dibahagian otak, yang boleh dikawal dengan perubatan.

  3. Epilepsi tidak berjangkit. Seseorang itu tidak akan menghidap epilepsi sekiranya ia duduk berhampiran atau bekerja dengan pesakit epilepsi.

  4. Epilepsi tidak akan mendatangkan masalah mental atau melakukan jenayah. Rujukan seseorang ‘bersifat epileptik’ sebenarnya tidak wujud. Orang yang ada gangguan epilepsi boleh mengalami masalah psikiatrik, seperti orang lain.

  5. Epilepsi dengan sendirinya tidak memburukkan keadaan mental. Selalunya sulaman penyakit-penyakit lain yang dialami dengan epilepsi, yang selalunya memburukkan keadaan mental. Ini tidak terjadi dalam kumpulan minoriti dikalangan manusia.
    Epilepsi akan mengubah hidup anda, tetapi selalunya, ia adalah penghidupan yang terkawal. Yang penting ialah pengetahuan, tentang apa yang patut dan tak patut dilakukan.
 

Hakmilik © epilepsy.org.my 2004   Hakmilik terpelihara

Kredit