epilepsy.org.my | Perihal Kami | Hubungi Kami | Pendaftaran | Syarat | Tapak peta Bahasa Inggeris
  sections
Perihal Epilepsi
Apakah itu Epilepsi?
Apakah puncanya?
Anggapan palsu
Sejarah Epilepsi
Soalan & Jawapan
Jenis Epilepsi/Sawan
Mengenalpasti
Rawatan
Hidup dengan Epilepsi
Pakar Tempatan
Sudut Interaktif
Laman asal
  Laman web komuniti ini ditaja oleh:
UCB Pharma Asia Pacific
untuk Persatuan Epilepsi Malaysia
Soalan & Jawapan « Perihal Epilepsi  

  Soalan:
Adakah epilepsi merupakan penyakit keturunan?
Jawapan:
Risiko anak seorang pesakit epilepsi terkena gangguan ini adalah kecil. Jika salah seorang, ibu atau bapa kanak-kanak mengidap penyakit epilepsi jenis keseluruhan (generalised epilepsy), risiko bagi anaknya adalah 4%. Jika kedua-dua ibu bapanya menghadapi gangguan jenis ini, risikonya meningkat sebanyak – 20%. Epilepsi fokal/partial pula mengalami risiko lebih rendah.

Soalan:
Apakah epilepsi akan menghalang peluang saya untuk mendapat anak?
Jawapan:
Tidak selalunya, tapi ada terdapat bukti yang peluang pesakit epilepsi untuk hamil nampaknya agak tipis. Terdapat juga bukti bahawa terdapat kekurangan nafsu seks pada pesakit epilepsi dan juga terdapat ubat-ubatannya yang mengurangkan nafsu seks.
Walau bagaimanapun, kesuburan bergantung kepada beberapa faktor, seperti mana juga nafsu seks dan jawapan bagi soalan ini hanya terdapat pada individu tersebut.

Soalan:
Adakah kehamilan merbahaya kepada pesakit epilepsi?
Jawapan:
Separuh dari jumlah pesakit epilepsi yang hamil tidak akan mengalami sebarang perubahan gangguan epilepsi mereka, tapi seperempat menunjukkan sawan yang terkawal dan seperempat lagi mendapat lebih serangan sawan. Jika epilepsi adalah di bawah kawalan atau serangan yang jarang berlaku (iaitu setahun sekali), kemungkinan pesakit mengalami sawan adalah kurang berbanding dengan pesakit yang kerap mengalami epilepsi keseluruhan (generalized) dan lebih berkemungkinan bagi yang mengalami epilepsi fokal/partial.

Pertambahan gangguan sewaktu hamil mungkin disebabkan oleh perubahan dalam tubuh badan, perubahan tahap darah anti-konvulsi (ubat) atau kegagalan mengambil ubat sawan, ataupun kerana berasa lebih penat dan kurang tidur.

Soalan:
Adakah epilepsi saya akan bertambah baik jika saya mendapat anak?
Jawapan:
Adalah mustahil untuk membuat ramalan kesan terhadap epilepsi anda sekiranya anda kehamilan. Tiada bukti kukuh yang dapat digunakan bagi mana-mana jenis epilepsi untuk meramal apa akan dilalui kelak, juga tiada bukti kukuh dapat menentukan apa yang dilalui semasa kehamilan yang lepas menyerupai kehamilan yang akan datang.

Soalan:
Patutkah saya berhenti makan ubat kerana saya hamil?
Jawapan:
Semua pakar khusus dalam bidang epilepsi bersetuju bahawa ibu yang hamil harus terus mengambil ubat anti-epileptiknya kerana bayi kandungan akan menghadapi risiko yang lebih tinggi jika ibu mengalami serangan sawan. Oleh sebab bayi kandungan boleh mengalami bahaya daripada dalam bulan yang pertama, selalunya sebelum ibu itu sendiri tahu ia sudah hamil, cara yang paling baik ialah cuba menghentikan semua anti-konvulsi sebelum seorang ibu itu hamil. Ini boleh diatur dalam kes-kes yang istimewa, dengan kepastian anti-konvulsinya dan jika sawannya agak sederhana dan tidak kerap, tapi anda perlu mendapatkan nasihat pakar.

Susu ibu adalah susu terbaik untuk bayi dan ia tidak membahayakan bayi kerana hanya sedikit sahaja kandungan ubat sawan dari ibu akan didapati didalam susunya.

Soalan:
Adakah sukatan ubat saya perlu ditukar sewaktu saya hamil?
Jawapan:
Kehamilan mungkin akan mengubah kandungan dan sifat-sifat didalam tubuh badan dan sebab itulah sukatan ubat juga berubah didalam tubuh badan. Oleh sebab itu, anda mungkin terpaksa menambah sukatan ubat agar tidak terkena gangguan. Jumlah sukatan ubatan didalam tubuh badan (drug level) ini dapat membantu doktor menentukan samada sukatan ubat anda perlu diubah atau tidak

Soalan:
Bolehkah saya behenti mengambil ubat sekiranya saya ingin hamil?
Jawapan:
Anda tidak patut berhenti mengambil ubat sekiranya anda ingin hamil kerana ini bermakna anda mengambil risiko tinggi, yang boleh mengancam kesihatan ibu dan bayi kandungan sekiranya anda mengalami serangan sawan.

 

Hakmilik © epilepsy.org.my 2004   Hakmilik terpelihara

Kredit