 |
|
 |
| Hubungan & Perkahwinan « Hidup dengan Epilepsi |
|
| |
Epilepsi boleh mengubah cara seseorang berhubung dengan yang lain dan bagaimana yang lain berhubung balas. Sangatlah mustahak bagi ahli keluarga berbincang dan meluahkan rasa isi hati mereka antara satu sama lain. Suami dan isteri dan anak-anak merupakan satu sumber besar bagi kekuatan emosi.
Rakan-rakan juga boleh menjadi sumber bantuan, jika anda izinkan mereka. Oleh kerana tidak ada apa yang hendak dimalukan tentang epilepsi, apa yang anda perlu buat ialah berterus terang mengenai keadaan anda. Kebanyakkannya akan menerima hakikat yang anda seorang pesakit epilepsi, sekiranya anda menerima hakikatnya.
Dalam hal berpasangan, menjadi lumrah jika anda risau anda mungkin diasingkan kerana epilepsi anda. Tapi ingat, SEMUA ORANG takut ditolak disebabkan oleh sesuatu – rupa, latar belakang, dll. Jangan biarkan pengasingan dari masyarakat, menghancuri keyakinan diri anda atau menyalahkan epilepsi anda. Jika anda memilih dengan teliti teman atau pasangan anda, berterus terang dan bantu mereka memahami epilepsi, peluang anda untuk berpasangan adalah jauh lebih baik.
Kebanyakan orang yang mengidap penyakit epilepsi mempunyai nafsu seks yang normal dan kehidupan seks yang normal. Apa yang paling mustahak perlu difikirkan ialah perancangan keluarga. Jika anda tidak mahu mempunyai anak buat masa itu, gunalah cara perancangan keluarga yang sesuai untuk anda.
Bagi wanita yang menerima rawatan antikonvulsi, adalah mustahak untuk mengingati setengah-setengah ubat ini boleh merosakkan pil perancang keluarga anda. Adalah dinasihatkan untuk menggunakan jenis perancang keluarga kedua atau tambahan juga. Wanita-wanita yang mengidap penyakit epilepsi yang boleh hamil adalah dinasihatkan supaya makan pil asid Folik sebagai tambahan, walaupun sebelum hamil, kerana kekurangan asid Folik selalu dikaitkan dengan kecacatan bayi sewaktu kelahiran.
|
|
|
 |