 |
|
 |
| Kawalan Diri « Hidup dengan Epilepsi |
|
| |
Belajar sebanyak yang mungkin tentang apa yang boleh buat bagi mengawal epilepsi anda. Lebih baik kawalannya, lebih banyak perkara yang anda boleh lakukan.
Perubatan:
Ambil perubatan, seperti yang disuruh oleh doktor merupakan langkah pertama. Jangan segan untuk bertanya apa-apa soalan jika anda mempunyai masalah dengan menggunakan ubat. Perubatan mungkin tidak dapat menyembuh epilepsi anda, tapi dapat mengurangkan sawan anda dan membantu anda hidup secara normal. Lebih lama anda bebas dari sawan dengan berubat, lebih besar harapan anda untuk hidup tanpa sawan yang dengan tidak memerlukan ubat.
Nasihat yang berguna:
- Diari (catatan harian) sawan – kebanyakan orang, berepilepsi atau tanpanya, mempunyai masalah peringatan. Untuk mengingat kembali semua awan yang berlaku, adalah mustahak menyimpan satu diari sawan. Ini satu-satunya bahan yang berguna bagi doktor untuk pengurusan rawatan. Jika seorang itu tidak boleh ingat kejadian sawannya, ahli keluarga, guru atau rakan kerja boleh tolong mengisi diairi.
- Pembahagi ubat – ia membantu menyediakan ubat untuk seminggu atau sehari dalam satu pek pembahagi khas. Ini membantu pesakit memastikan ubat di ambil pada waktu yang sepatutnya.
- Senarai ubat – Orang yang mempunyai epilepsi patut mempunyai senarai penuh jenis-jenis ubat yang mereka ambil sentiasa, bagi memudahkan doktor yang merawat epilepsi dan doktor-doktor lain yang merawat lain-lain penyakit yang dihadapi mereka. Ini adalah kerana dadah yang boleh bertindakbalas, dan ini boleh menyebabkan rawatan tidak mencukup atau melebihi bagi epilepsi mereka dan penyakit-penyakit lain.
- Terlupa makan ubat – Jika anda terlupa mengambil ubat, anda patut mengambilmnya apabila teringat, walaupun jika ia sama waktu dengan ubat yangs seterusnya. Ini boleh menyebabkan kesan sampingan tapi bagi waktu yang singkat. Ia adalah mustahak mengambil ubat yang sama banyak setiap hari.
- Muntah – Jika anda muntah sebaik sahaja selepas mengambil ubat, anda perlu mengambil ubat sekali lagi. Jika anda masih lagi muntah, and perlu berjumpa doktor.
- Cirit-birit – Bila ini berlaku, tidak perlu tambah ubat, ini adalah kerana ubat telah pun meresap kedalam badan melalui perut.
Alkohol:
Alkohol boleh menyebabkan sawan dengan beberapa cara. Mestilah ditekankan pesakit epilepsi tidak boleh mabuk, kerana alkohol boleh merendahkan pengawalan sawan dan sawan yang sebelum ini terkawal akan kembali semula. Alkohol boleh merendahkan tahap dadah antiepileptik dalam badan, yang boleh menyebabkan sawan. Setengah orang yang mempunyai ‘Epilepsi Juvenil Myoclonus’ patut lebih berhati-hati kerana kuantiti yang kecil juga boleh menyebabkan sawan. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya, bolehlah dikatakan segelas dua, samada spirit, bir atau wain, diambil secara sederhana, tidak membahayakan orang yang mempunyai epilepsi.
Merokok:
Tidak ada bukti sehingga hari ini yang tembakau boleh menyebabkan sawan. Walau bagaimanapun, merokok menyebabkan lain-lain jenis penyakit utama, termasuklah barah, strok dan penyakit jantung dan ia patut dielakkan.
Darah gula rendah:
Kekurangan gula dalam darah boleh menyebabkan sawan berlaku. Oleh itu, adalah penting untuk makan makanan pada waktu yang ditetapkan .Ia juga membahayakan jika menunggu lama sebelum makan, terutama jika sebab lambat makan adalah kerana bermain sukan.
Tidur:
Ramai orang terkena sawan kerana kurang tidur. Jika mereka tidur lambat, seperti pulang lewat dari majlis, mereka masti bangun lambat keesokkan harinya. Kerja syif boleh mendatangkan sawan – selalunya seseorang menghadapi kesukaran untuk tidur, bila waktu tidur bertukar-tukar. Ia mungkin boleh membantu, setelah berbincang dengan doktor anda, untuk mengambil pil tidur untuk menyesuaikan waktu perantaraan. Jika ia diperlukan dengan kerap, anda mungkin mahu mempertimbangkan untuk bekerja syif sama sekali.
Tekanan:
Tekanan mental lebih mendatangkan sawan berbanding dengan tekanan jasmani. Sewaktu peperiksaan, se-seorang itu patut merancang kerja mereka supaya dapat mengelakkan dari membuat semua kerja sibuk beberapa hari sebelum pemeriksaan. Jika seseorang mengalami sawan sebelum atau sewaktu peperiksaan, ubat bagi mententeramkan pesakit yang kekuatannya sederhana sahaja boleh membantu mengurangkan tekanan. Ia jarang membahayakan untuk bekerja dengan penuh konsentrasi. Adalah sedia maklum, apabila seseorang itu leka membuat
sesuatu, terutama sekali bila sesuatu yang menyeronokkan, ia mengurangkan kecenderungan terkena sawan.
Sentiasa Aktif:
Adalah mustahak bagi orang yang mempunyai epilepsi yang tidak bersekolah atau bekerja, belajar mengisi masa lapangnya dengan konstraktif. Tidak digalakkan bagi duduk dan menonton TV sepanjang hari. Pilihan-pilihan lain adalah seperti membuat kerja rumah, hobi dan kerja sukarela yang agak mencukupi.
|
|
|
 |