 |
|
 |
| Apakah itu Epilepsi? « Perihal Epilepsi |
|
| |
Epilepsi ialah nama bagi sejenis penyakit disebabkan gangguan dalam bahagian otak yang boleh berulang dalam bentuk serangan sawan. Ia boleh menyebabkan penderitaan yang serius , melibatkan lebih kurang 50 juta orang dari semua peringkat umur, terutamanya dalam peringkat kanak-kanak, remaja dan warga tua.
Sekurang-kurangnya 100 juta orang akan melalui pengalaman epilepsi sekali dalam seumur hidup mereka. Lebih kurang 2 juta kes baharu berlaku dalam setiap tahun. Epilepsi terdapat dimana jua di dunia dan ia merupakan gangguan sistem urat saraf (neurologikal) tidak menentu yang serius yang paling kerap ditemui.
Sawan adalah disebabkan oleh pelepasan elektrik dari otak yang berlebihan dalam sekumpulan sel-sel otak secara mengejut, selalunya dalam jangka yang amat pendek. Sewaktu sawan, neuron di dalam bahagian otak (‘topi’ sel-sel saraf menghasilkan pelepasan elektrik) boleh melepaskan sebanyak 500 kali sesaat, yang mana mengganggu aktiviti-aktiviti normal saraf, kelenjar dan otot.
Lain-lain bahagian otak boleh terpengaruh dan bentuk gangguan epilepsi akan berbeza, bergantung pada sel otak yang khususnya terlibat.
Ada sawan yang mempengaruhi seluruh tubuh disebabkan oleh pelepasan elektrikal yang tersibar secara meluas diseluruh bahagian otak. Ini digelar sawan tonik-klonik.
Lain-lain sawan mungkin lebih tertumpu pada satu bentuk gangguan bila mana pelepasan elektrik hanya melibatkan sebahagian kecil dalam otak. Ini dikenali sebagai sawan fokal/partial dan pesakit mungkin mengalami pengalaman berlainan yang subjektif, perlakuan gerakan tidak sengaja atau kombinasi dari kedua-dua tersebut di atas, samada dalam keadaan sedar atau tidak sedar.
Kadang kala sawan bermula secara fokal kemudian melarat ke seluruh bahagian otak, menjadi sawan tonik-klonik.
Serangan sawan mungkin tidak melibatkan goncangan/konvulsi sebenar atau gerakan mengejut. Pesakit mungkin mengalami tidak sedar diri buat sementara waktu, perubahan pandangan atau mungkin juga ada rasa anih dibahagian perut.
Tanda-tandanya bergantung pada jenis epilepsi. Ada juga pengalaman pesakit sewaktu gangguan seolah-olah sedang bermimpi, yang lain pula mungkin mengalami perasaan teramat gembira atau sedih yang tidak dapat dijelaskan dan ada juga yang mungkin hanya didapati membuat pergerakan anih seperti mata berkedip atau mengerenyut. Sawan boleh berlaku beberapa kali dalam sehari juga beberapa bulan sekali.
|
|
|
 |