 |
|
 |
| Wanita & Kehamilan « Hidup dengan Epilepsi |
|
| |
Keturunan
Secara umum, hanya ibu yang hamil yang mempunya epilepsi dan bergantung pula pada mengapa ia mempunyai eplilepsi, menghadapi risiko bayi yang dilahirkannya berepilepsi melebihi sedikit berbanding dengan keseluruhan bilangan penduduk. Walau bagaimanapun, jika kedua-dua pasangan yang berpotensi mempunyai epilepsi yang tidak mengenal jenisnya , risiko bagi mana-mana anaknya mendapat epilepsi boleh dikatakan lebih besar. Persoalan begini patut dibincangkan dengan doktor, yang dapat merujuk pesakit kepada penasihat/kaunseling hal-ehwal keturunan jika perlu.
Hamil
Sewaktu kehamilan, perubahan dalam badan banyak berlaku. Bagi wanita berepilepsi, ada 2 soalan yang mustahak yang perlu ditanya:
Pertama, adakah ia mempengaruhi kawalan sawan, dan keduanya, adakah rawatan bagi epilepsi yang diambil akan memberi apa-apa kesan terhadap bayi?
Sawan sewaktu kehamilan
Ada wanita-wanita yang kerap diserang sawan sewaktu hamil, selalunya tidak membahayakan keadaan. Ini selalunya terjadi bila pesakit sememangnya diserang sawan lebih dari sebulan sekali sebelum kehamilan.
Disebabkan oleh perubahan metabolisma antikonvulsi yang berlaku pada wanita yang hamil, adalah mustahak untuk sentiasa mengawasi dan berhati-hati dengan tahap antikonvulsi disepanjang waktu kehamilan selepas kehamilan. Ini bagi memastikan rawatan yang sebaiknya diubah jika perlu.
Kesan-kesan dari Antikonvulsan
Dikatakan risiko kian meningkat bagi kanak-kanak cacat sewaktu kelahiran akibat rawatan antikonvulsan yang diterima oleh ibu-ibu yang mempunyai epilepsi. Oleh sebab itu, adalah mustahak bagi doktor untuk mempertimbangkan samada perlu, untuk menukar rawatan sebelum kehamilan.
Adalah mustahak bagi ibu yang mengandung meneruskan rawatan antikonvulsan kerana risiko diserang sawan akan berterusan sekiranya rawatan dihentikan. Risiko yang diambil lebih tinggi bagi ibu dan juga bayi jika rawatan dihentikan berbanding dengan menyambung rawatan yang sedang diikuti, terutama sekali jika rawatan yang sedia ada membantu keadaan pesakit sebelum pesakit hamil.
Sekiranya pesakit hamil sebelum membuat perancangan di atas, pesakit harus cuba menggabungkan kedua-dua pakar kebidanan dan doktornya supaya dapat membuat penilaian dan cara mengawas pengurusan dan rawatan sepanjang waktu kehamilan, inilah cara yang boleh menentukan apa yang terbaik baginya dan bayinya.
Kesimpulan
Kehadiran epilepsi tidak boleh dianggap satu penghalang untuk mempunyai anak dalam kebanyakan kes. Jika ada sebab yang ketara dikhuatiri oleh satu-satu keluarga tentang epilepsi yang bakal diturunkan kepada anak-anak mereka, pergilah mendapatkan pertolongan dari kaunseling keturunan supaya mendapat tahu tahap risiko yang mugkin dihadapi.
Dengan pengurusan khas sebelum dan selepas waktu kehamilan, kebanyakan wanita masih akan melalui beberapa kesulitan. Begitu juga dengan sewaktu melahirkan bayi dan selepas kelahiran bayi.
Meskipun terdapat hal-hal seperti yang diperbincangkan di dalam risalah ini, kebanyakan wanita berepilepsi biasanya tidak mempunyai masalah sewaktu hamil dan melahirkan anak-anak yang sihat dan normal.
|
|
|
 |