epilepsy.org.my | Perihal Kami | Hubungi Kami | Pendaftaran | Syarat | Tapak peta Bahasa Inggeris
  sections
Perihal Epilepsi
Jenis Epilepsi/Sawan
Mengenalpasti
Rawatan
Hidup dengan Epilepsi
Hubungan & Perkahwinan
Wanita & Kehamilan
Mendidik anak
Kanak-kanak di sekolah
Kerja & Kerjaya
Kawalan Diri
Pakar Tempatan
Sudut Interaktif
FAQ (Soalan Lazim)
Laman asal
  Laman web komuniti ini ditaja oleh:
GlaxoSmithKline
untuk Persatuan Epilepsi Malaysia
 
Kerja & Kerjaya « Hidup dengan Epilepsi  

  Kebanyakan orang yang epilepsinya terkawal atau jarang-jarang mendapat sawan boleh bekerja sebarang kerjaya. Apabila membuat permohonan kerja, anda patut berterus terang yang anda mempunyai epilepsi. Ramai yang melakukannya dan ramai disuruh, memberi sijil rawatan sewaktu membuat permohonan yang tertentu. Dari pengamalan yang dilalui, yang lain-lainnya sudah belajar menunggu sehingga mereka sudah dikenali dan disenangi sebelum memberitahu keadaan mereka.

Diskriminasi masih menjadi masalah, selalunya kerana takut, kejahilan atau sikap majikan yang fikir seseorang yang mempunyai epilepsi tidak dapat bekerja keras seperti orang lain. Terpulanglah pada anda untuk membantu majikan anda dan rakan pejabat memahami bagaimana epilepsi mempengaruhi dan tidak mempengaruhi hidup anda. Terangkan kepada mereka bahawa epilepsi ialah adalah perkara biasa dan tidak mempengaruhi kepandaian atau perangai seharian.

Anda mungkin bercadang untuk memberitahu hanya beberapa orang atau semua orang di tempat kerja anda mengenai epilepsi anda. Adalah dinasihatkan anda memberitahu sekurang-kurangnya 2 rakan pejabat mengenai epilepsi anda (2, kerana 1 rakan mungkin bercuti bila anda diserang sawan), jika ada risiko yang anda boleh diserang sawan waktu pejabat dan bagaimana mereka boleh membantu anda. Jika sawan terjadi hanya waktu tidur, anda tidak semestinya memberitahu sesiapa.

Nyata, terdapat beberapa jenis kerja yang terhad yang tidak membenarkan seseorang yang diserang sawan bekerja. Pekerjaan yang tidak sesuai bagi orang yang mempunyai epilepsi termasuklah:
  • Juruterbang (samada komersial atau ketenteraan)
  • Pekerjaan yang melibatkan pengendalian senjata api, cth: pasukan bersenjata, polis, pegawai penjara, dll.
  • Pemandu jentera berat, cth. Pemandu lori jarak jauh, pemandu keretapi, pemandu bas dll
  • Ahli politik
  • Ahli bomba
  • Pemandu ambulan
  • Penjaga bayi (baby sitter)
  • Beberapa jenis sukan, contoh: Ahli tinju profesional, pemandu kereta berpacu dll.
 


Hakmilik © epilepsy.org.my 2004   Hakmilik terpelihara

Kredit